Isnin, 9 Disember 2019

TnG fully redeem.



lega! pasni tak yah nak gaduh ngan customer pasal benda alah ni. pasal promo ni ada perempuan meroyan sbb kitorang 1 cup utk 1 phone. kat display tv dh ad kot. xreti baca agaknye. pastu siap maki "apa tempat ni dah miskin sgt ke sampai cuma boleh bg 1 cup je harga promo." perghhh mulut die. dh la mulut lancang. org ckp punya baik lg sopan die boleh naik suara. sape yg miskin sbnrnye. kau yg batak sgt nak air hage murah namatey tu. kaulah miskin. staff kitorang pon bli hage normal.  maknanya kitorang lagi kaya dari kau. 

bapak die elok je cakap kalau tak dapat hage promo tu xpelah. Perempuan tu kalau org rekod mesti viral. macam kes customer kena baling ngan board sbb buat kecoh. Gila pasal air harga promo ni nak gaduh. kecoh 1 shell dengan suara perempuan tu. apehal tah. nak sangat viral. pastu dah viral acah2 masuk motif viral macam awek cendol. pastu bolehlah jadi duta segala jenis produk kat malaysia ni.


serius wei aku memang hilang hormat pada manusia macam ni. orang cakap baik2 kau buat kecoh macam tu. nak provok bagai ape benda tah. masuk tempat orang buat kecoh. 

Khamis, 28 Mac 2019

Rindu

Assalamualaikum

Hai Mr.B! Lamanya rasa tak menulis di sini. Entah tiba-tiba hari  ni aku rasa nak meluah. Sebenarnya aku rindu. Rindu kepada wanita yang bernama Siti Khadijah binti Taufik a.k.a Jule. Tapi apakan daya aku, aku hanya mampu simpan sendiri rasa rindu ni. Sejak hari lahir aku tempoh hari hubungan aku dengan dia semakin buruk. Aku tak salahkan dia tapi aku salahkan diri aku sendiri yang sudah beberapa hari terus mendiamkan diri. Masih merajuk? Mungkin itu salah satu faktor.

Dari seorang tearista aku menjadi gadis minyak. Semua orang ingat itu adalah permintaan aku kepada bos. Termasuk dia. Tapi hakikatnya itu adalah arahan bos yang mahukan pekerja dia lebih multitasking. Bukan hanya bijak dalam satu department sahaja. Makan hati? Ye. Bila bertukar department aku makin tidak bahagia. Semua orang fikir aku bahagia sebab aku pandai sembunyikan kesedihan aku sendiri. Bila bertukar department makin banyak kesalahan aku yang madam nampak. Benda yang aku tak buat tapi aku yang disalahkan. Aku baru 2 minggu tukar department. Bukan semua benda aku boleh handle sendiri. Aku cuba untuk laju seperti aku menjadi tearista dulu. Sedih, tapi aku nak buat apa? Aku mahu menjadi shaker girl semula ☹️☹️

Semalam aku masuk department lama sebab nak ambil ubat n berus gigi. Bos dah bagi arahan kepada aku untuk incharge bahagian kebersihan di department baru. Tapi rupanya ada orang tak suka. Aku hanya ambil yang tersedia. Tapi aku tak ada sepahkan apa yang ada di bawah sinki. Tapi sampainya hati dia cakap, "masuk tempat orang sepahkan barang orang." 

Allahu, berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi Siti Khadijah binti Taufik ini!

Aku tak buat. Sumpah aku tak buat. Aku hanya ambil yang tersedia di bakul sahaja. Sedihnya hati ini Ya Allah. Bencinya dia kepadaku Allah. Aku sayangkan dia Allah.


Ahad, 10 Mac 2019

Worse Birthday Ever

Assalamualaikum WBT
lama tidak menjengah ke sini. Tugas seharian demi mencari rezeki yang halal kadang-kadang membataskan pergerakan tubuh dan jemari ini untuk menulis. Sejak kebelakangan ini juga aku selalu sangat tidak sihat. Faktor usia mungkin? Well aku sudah 27 tahun genap pada 10 March 2019.

Pada tarikh inilah aku rasa teruk sangat. Boleh dikatakan A WORSE BIRTHDAY EVER. Kenapa? Bangun pagi aku harap aku akan jalani hari ini dengan gembira dan ceria di tempat kerja. Tapi apa yang aku dapat? Aku terpaksa berdiam diri sepanjang hari. Bercakap bila perlu, hanya hal yang berkaitan dengan kerja sahaja. Bergurau dan bermesra macam selalu memang jangan harap. 

Dari pagi aku dok fikir. Aku buat apa? Aku salah apa? 

Rindu. Rindu sangat pada peristiwa tahun lepas bila aku dapat kejutan dari housemate dan kawan kerja aku. Tapi kali ini bukan setakat surprise tarikh birthday aku pun dia tak ingat. Sedih dan terasa sangat bila dia buat aku macam ni. Kenapa dia tak boleh maafkan aku macam dia maafkan orang yang dulu pernah benci dia? Dia masakkan untuk mereka, buat surprise party untuk mereka. 

Aku? Aku dah dibuang jauh dalam hidup dia kerana satu kesalahan aku bercerita tentang dia kepada orang yang baik dengan aku dulu. 

Adik-adik, thanks untuk semuanya. Akak meluahkan kerana akak perlukan sokongan dan pendapat kalian. Tapi hakikatnya awak semua tikam akak dari belakang. Inilah akibat penyampaian kalian sehingga seorang sahabat menjadi orang asing. Tahniah kerana buat akak hilang kepercayaan terus kepada manusia. Tahniah juga dah buat akak menangis siang dan malam. Tahniah juga sebab buat ulangtahun kelahiran kali ini detik terburuk dalam hidup akak. Terima kasih. Hanya Allah sahaja yang akan balas perbuatan kalian.

Untuk awak yang masih aku anggap sebagai sahabat, aku sayangkan kau. Kalau aku tak sayang aku biarkan orang lain hina kau masa perbalahan berlaku dulu. Tapi aku terkilan, kau dengar sambil lewa penjelasan aku. Kau hanya dengar sebelah pihak yang belum tentu benar ceritanya. Aku dah redha segala keputusan kau. kau kata kau nak baiki hubungan kita. Tapi nampaknya hanya aku yang berusaha. Aku lelah. Kini biarlah aku sendiri.



Ahad, 9 Disember 2018

Dia

Tak sedar. Diam-diam tahun 2018 bakal meninggalkan kita. Entah kenapa berada di hujung-hujung tahun ini banyak perkara buruk yang berlaku. Banyak betul air mata aku menangis kerana segelintir rakan-rakan kerja. Mungkin ada hikmah yang berlaku disebalik kejadian agar aku kembali ke jalan Tuhan.

Soal dia, kadang-kadang aku terfikir banyak sangatkah dosa aku kepada dia? Hal kutuk mengutuk antara kami itu seperti sudah lali. Tapi boleh dikatakan 100% aku yang bersalah. Entah, aku dah cuba minta maaf dari dia. Tapi tiada respon. Aku hanya berserah kepada Allah.

Sudah hampir sebulan tiada teguran sapa macam dulu. Aku kini sendiri menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah. Cuma aku harap permulaan tahun 2019 akan ada sinar baru untuk aku. Semoga kita kembali bersahabat seperti dulu.

Sabtu, 8 Julai 2017

mereka berkata
menjadi aku itu bahagia
hanya duduk melihat dunia
tetapi harta tetap bergolek didepan mata

mereka tidak tahu
memilih menjadi aku
memilih untuk menjadi debu
diam-diam terbakar hangus
 
Free Website templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos Onlinefreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesFree Soccer VideosFree Wordpress ThemesFree Web Templates