Assalamualaikum
Hai Mr.B! Lamanya rasa tak menulis di sini. Entah tiba-tiba hari ni aku rasa nak meluah. Sebenarnya aku rindu. Rindu kepada wanita yang bernama Siti Khadijah binti Taufik a.k.a Jule. Tapi apakan daya aku, aku hanya mampu simpan sendiri rasa rindu ni. Sejak hari lahir aku tempoh hari hubungan aku dengan dia semakin buruk. Aku tak salahkan dia tapi aku salahkan diri aku sendiri yang sudah beberapa hari terus mendiamkan diri. Masih merajuk? Mungkin itu salah satu faktor.
Dari seorang tearista aku menjadi gadis minyak. Semua orang ingat itu adalah permintaan aku kepada bos. Termasuk dia. Tapi hakikatnya itu adalah arahan bos yang mahukan pekerja dia lebih multitasking. Bukan hanya bijak dalam satu department sahaja. Makan hati? Ye. Bila bertukar department aku makin tidak bahagia. Semua orang fikir aku bahagia sebab aku pandai sembunyikan kesedihan aku sendiri. Bila bertukar department makin banyak kesalahan aku yang madam nampak. Benda yang aku tak buat tapi aku yang disalahkan. Aku baru 2 minggu tukar department. Bukan semua benda aku boleh handle sendiri. Aku cuba untuk laju seperti aku menjadi tearista dulu. Sedih, tapi aku nak buat apa? Aku mahu menjadi shaker girl semula ☹️☹️
Semalam aku masuk department lama sebab nak ambil ubat n berus gigi. Bos dah bagi arahan kepada aku untuk incharge bahagian kebersihan di department baru. Tapi rupanya ada orang tak suka. Aku hanya ambil yang tersedia. Tapi aku tak ada sepahkan apa yang ada di bawah sinki. Tapi sampainya hati dia cakap, "masuk tempat orang sepahkan barang orang."
Allahu, berikanlah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi Siti Khadijah binti Taufik ini!
Aku tak buat. Sumpah aku tak buat. Aku hanya ambil yang tersedia di bakul sahaja. Sedihnya hati ini Ya Allah. Bencinya dia kepadaku Allah. Aku sayangkan dia Allah.